FATWA ISU-ISU MUNAKAHAT
Himpunan keputusan-keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkaitan Munakahat. Keputusan-keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ini diputuskan berdasarkan kajian dan penyelidikan mendalam. Keputusan ini dicapai secara bersama oleh Mufti-mufti Seluruh Malaysia yang menganggotai jawatankuasa ini. Himpunan keputusan fatwa ini diharap akan menjadi rujukan dan panduan semua pihak terutama dalam urusan Munakahat

Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2013


GARIS PANDUAN BAGI PROSEDUR PENTADBIRAN PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU'
Prosedur Pentadbiran Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' ini menggariskan peraturan-peraturan pentadbiran yang perlu diikuti oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' dalam melaksanakan Akta/Enakmen/ Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri mengenai perkahwinan, perceraian dan ruju'.

Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Jabatatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2013


GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU' DI LUAR NEGARA
Garis panduan bagi memudahkan pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju' di luar negara. Kerajaan Malaysia telah melantik Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul di beberapa buah negara. Bagi Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul di luar negara yang tidak mempunyai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju', rakyat Malaysia dibenarkan mendaftarkan perkahwinan, perceraian dan ruju' di Badan-Badan Agama, Majlis Agama Islam atau Pusat Islam yang diiktiraf oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2013


GARIS PANDUAN UPACARA AKAD NIKAH DI MASJID DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA
Garis Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid dan Perkara-Perkara yang Berkaitan Dengannya disediakan untuk memberi panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam di Malaysia mengenai adab semasa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau agar selaras dengan tuntutan Islam.

Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2013


PANDUAN PENGURUSAN NIKAH DI MALAYSIA
Memberi maklumat dan pendedahan kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' supaya memahami kaedah dan peraturan yang berhubungkait dengan bidang kuasa dan tanggungjawab Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju'.

Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2013


KEDUDUKAN ANAK TAK SAH TARAF: DARI ASPEK PERUNDANGAN
Definisi dan penerangan mengenai anak tak sah tarah mengikut perspektif dan amalan penggubalan undang-undang keluarga Islam (UUKI) Negeri-negeri di Malaysia bersama contoh kes-kes mahkamah yang berkaitan

Abas Bin Nordin
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
2013


RUNDINGCARA: JALAN MENGATASI MASALAH KELUARGA
Di kalangan masyarakat Islam di Malaysia istilah rundingcara perkahwinan mula diperkenalkan bersama dengan perlaksanaan undang-undang keluarga Islam di awal tahun lapan puluhan. Tetapi pada hakikatnya, rundingcara perkahwinan telah pun diamalkan di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Tetapi amalan tersebut mungkin tidak menetapkan istilah seperti yang digunakan pada hari ini. Begitu juga dari segi metode dan tekniknya tidaklah sebagaimana yang diamalkan buat masa kini.

Dr. Siti Zulaikha Hj. Mohd. Noor, UKM
Majalah Sinar Rohani
2003