Syarat-Syarat Permohonan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH ONLINE (BNO)
Isi Maklumat Permohonan
Pemohon bagi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Selangor dan Terengganu.
Diisi oleh SALAH SEORANG sama ada lelaki atau perempuan.
Permohonan online perlu diisi sekiranya lelaki dan perempuan bukan dari negeri yang menggunakan SPPIM tetapi TEMPAT BERNIKAH di negeri yang menggunakan SPPIM.
Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
Pejabat Agama yang memproses adalah merujuk kepada ALAMAT TEMPAT TINGGAL.
Hantar Permohonan
Simpan No. Rujukan BNO.
Permohonan boleh dikemaskini selagi permohonan lelaki dari negeri yang menggunakan SPPIM belum diproses oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
Cetak Senarai Semak
Senarai Semak berbeza mengikut STATUS pemohon dan WARGANEGARA
Cetak borang berdasarkan senarai semak.
Pengesahan Penolong Pendaftar NCR
Dapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) di masjid kariah kawasan tempat tinggal.
Bagi pemohon daripada Johor, sila terus ke Pejabat Kadi Daerah.
Bagi pemohon daripada Terengganu, sila terus ke Pejabat Agama Daerah.
Kelulusan Pejabat Agama Islam Daerah(PAID)
Dapatkan kelulusan daripada PAID.
Pemohon perempuan hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin daripada PAID selepas pemohon lelaki mendapatkan kelulusan PAID.
*Syarat-syarat ini boleh dirujuk dalam Bantuan pada laman utama Permohonan Kebenaran Berkahwin Online.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri - negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Johor, Selangor dan Terengganu namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.





Carian Permohonan

No Pengenalan @ Email


No Rujukan Permohonan


           Cari           
Lupa No. Rujukan

Atau klik di bawah
untuk permohonan baru
Permohonan Baru